Pages

Monday, February 7, 2011

tak berperikemanusiaan !


assalamualaikum/hi !
aku yakin semua tahu pasal hal yang tersangat-sangat panas ! yang sering menjadi tajuk utama di akhbar2 ! yang menjadi isu yang sering dipaparkan di kaca tv anda , bukan ?
masih tertanya-tanya apa yang aku maksudkan ? isu pembuangan bayi , perkosa , bunuh ,maksiat dll . cuba anda renungkan , berapa banyakkah dosa yang telah anda lakukan ?
dan adakah semua itu telah terhapus ? jika anda tahu berapa banyak dosa yang telah anda lakukan , adakah anda masih ingin melakukan perkara-perkara yang tidak berperikemanusiaan ?? renung-renungkan wahai sahabat !

isu pembuangan bayi , isu yang sangat membimbangkan ! maksiat banyak ! lakukan zina tak malu , bila dah terlanjur baru tau malu ! ish3 . . kerana apa ini terjadi ? bila malu , buang bayi ------>> (klik) <<----- info menarik untuk umat islam . ingat ! bayi itu pun manusia ! haiwan pun tahu sayang anak dia ! ya allah , tak berperikemanusiaan betul orang yang buat benda terkutuk tu ! ingat ALLAH ,Allah maha melihat ! buat apa bazirkan zaman muda dengan melakukan perkara bodoh ? lebih baik belajar bersungguh2 , balas budi ibu bapa .. bukankah itu lebih mulia ?

isu perkosa , satu lagi isu yang membimbangkan ! wahai wanita-wanita , jaga aurat mu ! janganlah pakai pakaian yang menjolok mata yang boleh memikat nafsu lelaki2 yang bernafsu tinggi . agama islam kan mengwajipkan untuk menutup aurat . bukan urat tau ! hehe . AURAT !

bunuh ! kes yang amat berat . adakah membunuh boleh menyelesaikan masalah ?
tidak , kawan kawan ! kes ini hari hari memenuhi ruang akhbar ! dibunuh secara kejam . kenapa manusia sekarang menyerupai haiwan ? hanya haiwan yang bunuh sesama sendiri . haiwan tidak dikurniakan akal fikiran , tapi manusia ? manusia dikurniakan akal dan fikiran ! gunakan ia sebaik mungkin . janganlah melakukan perkara bodoh !

banyak isu yang sedang hangat ! tapi tak larat dah nak taip . hehe !
INGAT ! Allah maha melihat apa yang kita lakukan . banyak tanda akhir zaman seperti gempa bumi , banjir dll . apa yang ada di dunia hanya sementara . insaflah sebelum terlambat . masih ada waktu untuk insaf . marilah kita bersama2 menjauhi perkara yang dimurkai . insyaAllah , kita mampu !

thanks for your time reading this entry !

No comments:

Post a Comment