Pages

Wednesday, March 23, 2011

amalkan OK4R

assalamualaikum ,

apa itu OK4R ? ikuti entri ini sampai habis , okay ? ini khas untuk pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan besar seperti saya yang akan mengambil peperiksaan PMR ! kalau tak nak baca , anda boleh klik yang at atas tuu , alaa ..buat-buat tak tahu pulak ..warna merah tu ' X ' ...

----------------------------------------------------------------------------------------------

ohhh , nampaknya anda masih di sini ?!
kita sambung.......

entri ini mengenai cara-cara untuk belajar / mengulangkaji dengan cara yang berkesan

1.OVERVIEW (gambaran keseluruhan)
  • baca bahan secara sepintas lalu bagi mendapatkan gambaran keseluruhan antara topik-topik , subtopik dan susunan bahan secara umum
  • bertujuan mendapatkan gambaran umum berkenaan bab yang sedang anda baca .
2.KEY IDEAS (idea kata kunci)
  • kenal pasti perkataan utama / kata kunci dlm setiap bahan yang anda baca
  • dapat memberi sedikit idea berkenaan apakah bahan yang anda akan baca
3.READ (baca)

  • baca secara intensif untuk kumpul kata kunci , fakta atau isi-isi penting
  • kenal pasti di mana letaknya jawapan kepada soalan yang dikemukakan
  • cuba perhatikan bagaimana idea kata kunci disokong oleh fakta dan isi penting
4.RECALL (mengingat semula)
  • selepas membaca , pastikan sama ada boleh mencatatkan semua kata kunci dan isi yang sudah dikenal pasti
5.REFLECT (imbas kembali)
  • imbas semula kata kunci dan isi penting dr bab yang sudah dibaca
  • sesuaikan kata kunci dan isi penting itu dgn olahan atau susunan yang serasi dengan anda misalnya dalam bentuk peta minda , peta konsep , carta aliran dan sebagainya
6.REVIEW (ulang kaji)
  • lihat semula bab yang dibaca beberapa kalu secara sepintas lalu
  • perlu diberi penekanan dan dibuat secara beterusan supaya anda dapat memastikan tiada kata kunci dan isi penting tertinggal

study mesti lebih smart . untuk capai kajayaan yang kita sama-sama impikan . .

kalau tak ada kerja , pergila study daripada duduk berangan , stop talking nonsense thing *duplicate aten's words*

okay , sampai sini jelahh . saya nak tukar life saya jadi macam ---->
glitter-graphics.com

bye , assalamualaikum . terima kasih kerana membaca

2 comments:

  1. Adik cik Yana asyik main game je. Geram tol tengok. Kalau cik Yana suruh die study, mesti die cakap cik Yana membebel. Geramnye!

    Entry terkini: Happy Birthday Superman!!! :)

    ReplyDelete