Pages

Sunday, April 3, 2011

NOTIS tak penting , JANGAN baca !


Perhatian kepada ANDA semua yang sedang membaca notis ini , jangan teruskan . Tertanya-tanya mengapa ia di'post' ? Ia tidak penting . BERHENTI ! Jika tidak anda akan mengalami perasaan yang anda tidak pernah jangka dalam hidup ini . Behenti setakat ini sahaja !

AMARAN KERAS ! Anda tidak sepatutnya membaca notis ini ! ini hanya kan membuat anda berasa tidak puas hati . Sesuatu yang anda tidak pernah alami . Berhenti sekarang juga ! Anda harus melawan nafsu anda . Ini mungkin akan membuat hati anda kecewa .

Ini adalah amaran terakhir ! Penat saya ulang , jangan teruskan , anda pasti menyesal . Ini tidak sepatutnya berlaku . Anda tidak boleh teruskan membaca notis ini . Bermacam-macam perasaan anda akan alami setelah membaca notis ini dan percayalah , anda pasti tidak suka kepadanya .

Anda lagi ! Tidak paham bahasa ke ? Tahu tak anda sebenarnya seorang yang degil ! Tidak takut menanggung risiko ? Anda sudah bersedia menghadapi kenyataan ? Ini akan menyebabkan kerugian besar ! Percayalah . S udah berkali-kali saya katakan , BERHENTI MEMBACA !

Inilah manusia , lagi dilarang , lagi dibuat . Itulah sebenarnya saya cuba sampaikan . Manusia memang degil termasuk ANDA ! Ya, anda yang sedang membaca notis ini . Anda telah membazir masa dan tenaga anda untuk membaca notis tenang ini . Marah ?? Geram ??
Padan muka anda! Telah saya katakan yang ini tidak penting . Apa-apa pun , terima kasih kerana menbaca . Renung-renungkan , dan jangan sampai termenung !

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment