Pages

Wednesday, March 9, 2011

dapatkan balik data yang hilang dgn Inspector File Discovery

assalamualaikum / hi !
terlebih dahulu saya mohon maaf atas kesulitan untuk meng-'update' blog . hehe . okay , the story begin... sabtu hingga ahad hari tu , aku pergi CAMERON HIGHLANDS .. punyalah banyak tangkap gambar . maklumlah , gila camera ! hehe . sampai je rumah , aku terus tengok picture-picture yang telah ditangkap .. seperti biase , aku 'cut' semua folder dari memory camera tu then masukkan dalam pendrive . komputer ni tak sempat nak transfer semua , dah 'jammed' ! pastu nak tak , nak kenalah restart ! bile restart , dengan hampa+kecewa+tension=semua ada .... semua picture dah HILANG ! sekeping pun tak dapat ! i'm getting blur+frust ! tiba-tiba terpikir untuk cari software yang boleh balikkan data yang hilang . hasil pencarian --------------->>>> PC INSPECTOR

boleh klik dekat link atas tu okay ?

PC INSPECTOR adalah sebuah perisian percuma yang bagus untuk mendapatkan semula fail-fail yang telah hilang . Sama ada fail tersebut telah anda delete, ataupun fail yang hilang dari partition yang anda format, anda boleh mendapatkannya. Berikut aku akan terangkan cara-cara menggunakan PC Inspector File Recovery:

  1. Buka PC Inspector File Recovery, dan pilih English sebagai bahasa antaramuka.
  2. Anda dikehendaki memilih jenis data yang ingin diselamatkan, iaitu:
    • Recover deleted files. Fail yang telah dibuang dengan menekan Delete atau Shift+Delete.
    • Find lost data. Data yang hilang dari partition yang anda format, ataupun disebabkan kerosakan komputer.
    • Find lost drive. Jika partition hilang, ataupun tidak boleh dibuka.

  3. Bagi contoh kali ini, kita akan klik pada pilihan nombor dua, iaitu Find lost data. Klik pada ikon tersebut
  4. Dwi-klik pada partition yang yang mengandungi data tersebut. PC Inspector File Recovery akan mula mengesan data-data yang sedia ada dalam partition tersebut.
  5. Seterusnya, tentukan cluster range yang akan dicari oleh PC Inspector Recovery. Anda boleh biarkan ia dengan nilai yang biasa, dan terus klik pada butang hijau. PC Inspector File Recovery akan mula mengesan data-data yang telah hilang. Proses ini akan mengambil masa, tunggu sehingga ianya selesai
  6. Segala data yang dapat dikesan oleh PC Inspector File Recovery akan dipaparkan. Anda boleh pilih mana-mana data yang anda ingin kembalikan, dan klik pada butang save untuk menyimpan data-data tersebut.


dan hasilnya , aku dapat balik semua gambar yang terdelete . yang lama-lama punya picture pun dapat juga , dahsyat kan ? tapi ada yang macam rosak sikit macam ade blur2 sebab benda ni tak dpt detect betol2 picture tu .

ini dia picture yang berjaya aku dapatkan balik , macam mana kau delete , mcm tu lah kau dapat balik ! bagi satu je lah !


ada jugak yang picture tu jadi buruk . hehe , tapi kebanyakkan semua OKAY ! ribuan terima kasih kepada PC INSPECTOR ! anda menghadapi masalah seperti saya ? cubalah ini ! eheh , kalau tak paham toturial ini , boleh dapatkan di PC inspector punya website !

sekian , terima kasih !
CRA-Z ekin

No comments:

Post a Comment